Prof Dr. Ali Jum`ah (Mufti Mesir) – Menolak Hadith Dhaif Adalah Bid`ah. AlBani Melakukan Kesilapan Dalam Manhaj Hadith.

Mungkin ramai tak berkesempatan untuk mendengar pengajian seorang tokoh yang cukup disegani keilmuannya. Beliau adalah Fadhilat al-Syaikh Dr. Ali Jum`ah. Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan “Hadith Dhaif adalah ditolak” mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.

Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa. Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.

Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni.

Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:

masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.

Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:

1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.

2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:

• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A’mal

3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.

4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:

• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.

• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida’ Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.

• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.

• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.

5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali.

Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.

6) Hadith Dhaif adalah diperlukan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Contohnya kita memerlukan:

• Hadith dhaif yang berbunyi:

yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.

• Hadith dhaif yang berbunyi:

yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.

7) Antara contoh hadith dhaif yang digunakan sebagai dalil dalam hukum sesuatu perbuatan adalah seperti:

yang bermaksud: Rasulullah Sallalahu `Alaihi Wasallam melarang daripada menjual hutang dengan bayaran hutang.

yang bermaksud: Setiap hutang yang menyebabkan terhasilnya sebarang keuntungan, maka ia adalah riba

8) Orang yang cuba untuk menyebarkan fahaman bahawa hadith dhaif adalah ditolak sama sekali adalah orang yang jahil.

9) Syeikh Albani telah melakukan pelbagai kesilapan dalam manhaj hadith. Berikut adalah kesilapan beliau:

• 86% daripada pandangan Syeikh Albani terhadap martabat hadith-hadith Rasulullah adalah berubah sama sekali daripada pandanganya yang awal. Sekejap beliau mengatakan bahawa hadith tertentu adalah dhaif kemudia beliau menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Ada hadith yang pada awalnya beliau hukumkan sebagai hadith sahih namun akhirnya beliau menyatakan hadith tersebut adalah dhaif.

• Syeikh Albani telah mempertikaikan al-Bayhaqi, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Bukhari dan al-Muslim. Namun akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah tersilap.

• Syeikh Albani menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir adalah hadith yang dhaif kerana Abu al-Zubayr adalah seorang Mudallis. Apabila orang mempertikaikan kenyataan Syeikh Albani dengan menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir ada di dalam Sohih Muslim, Syeikh Albani menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan Rijal (orang-orang tertentu). Akan tetapi beliau menghukum pula hadith tersebut sebagai hadith yang sahih.

10) Al-Imam al-`Iraqi tidak langsung menyatakan bahawa kitab al-Ihya’ yang dikarang oleh al-Imam al-Ghazali adalah haram. (Kitab Ihya’ Ulum al-Din mengandungi hadith-hadith yang dhaif). Al-Imam al-`Iraqi hanya menyatakan darjat hadith-hadith di dalam Ihya’ Ulum al-Din dengan menyatakan bahawa hadith ini Sahih, hadith ini Hasan, hadith ini Dhaif, hadith ini Kadzib. Al-Imam al-`Iraqi menamakan buku beliau ini dengan nama:

Al-Imam al-`Iraqi sama sekali tidak menyatakan kepada kita bahawa Jangan Membaca Kitab Ihya’ Ulum al-Din.

******

Inilah beberapa kesimpulan yang saya dapat petik daripada kalam tokoh ulama al-Azhar yang disegani ini. Semoga bermanfaat buat seluruh pembaca.

Comments

comments

Post a Comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *