Isu PMR dan UPSR ingin dimansuhkan?

Ancaman tentang azab api neraka memberi kesan kepada kita untuk tinggalkan perkara-perkara yang dilarang dan berusaha untuk melakukan kebaikan. Kalaulah tiada ancaman seperti ini, agak-agak manusia tak nak buat jahat?

Sebagai contoh, seorang anak yang selalu mencuri tapi, si ayah tidak pernah melarang atau menghukum setiap kali anaknya mencuri. Pendek kata, tak ada perkara yang menakutkan anak untuk berhenti mencuri. Agak-agak anak tu akan berhenti mencuri? Natijahnya, KESEDARAN dari ancaman api neraka salah satu ajaran yang menjadikan manusia taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perbuatan jahat.

Bagaimana pula KESEDARAN anak-anak untuk belajar? Adakah anak-anak atau adik-beradik anda semuanya mempunyai KESEDARAN untuk belajar? Kalau betul ada KESEDARAN, Malaysia tak perlukan apa jua peperiksaan kerana anak-anak dan remaja memang ada KESEDARAN untuk belajar. Tak perlu di suruh, dah pandai sendiri untuk ulangkaji pelajaran di rumah atau di sekolah. Tak perlu di ajar, dah pandai sendiri gunakan cuti sekolah untuk belajar, belajar dan belajar. Betul ke 100% anak-anak Malaysia dah ada KESEDARAN untuk belajar?

Isu UPSR & PMR
Kalaulah azab api neraka mampu menggentarkan hati untuk buat jahat dan berbuat baik, peperiksaan besar UPSR & PMR dah cukup memaksa diri anak-anak yang kurang KESEDARAN belajar untuk belajar. Usaha anak-anak berdepan dengan exam besar tersebut tak sama dengan usaha mereka untuk exam biasa yang lain. Usaha mereka akan makin gigih kerana nakkan keputusan yang terbaik untuk merebut tempat pengajian seterusnya.

Walaupun seakan-akan nampak anak-anak belajar semata-mata kerana exam, mustahil ulangkaji yang dibuat tak menambah ilmu pengetahuan mereka. Mana mungkin pelajar dapat menjawab dalam exam sekiranya mereka tidak faham tentang apa yang dipelajari. Faham dalam subjek dan dapat menjawab dalam exam menunjukkan pelajar mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Walaupun pada hakikat yang sebenar mereka terpaksa belajar kerana exam.

Kesimpulan
Patut diwujudkan alternatif lain yang menjadikan anak-anak mempunyai KESEDARAN untuk belajar. Kalau betul UPSR & PMR akan dimansuhkan, apa alternatif lain yang dapat memberi KESEDARAN untuk anak-anak berusaha untuk belajar?

Kalaupun ada, sudah pasti tanggungjawab itu akan jatuh ke bahu-bahu guru. Guru sebagai manusia yang cukup tabah untuk melaksanakan arahan-arahan dari pihak atasan. Nak menolak?? Anda sudah pasti dipantau untuk melaksanakan hasrat-hasrat tersebut. Rela atau tidak, itu bukan persoalannya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *