TITIK-TITIK SYIFA’ DALAM AL-FATIHAH

TITIK-TITIK SYIFA’ DALAM AL-FATIHAH

Dalam kelas terkahir GPS al-Quran, 28 Nov. 2019 ini, seorang warga Arab Mikro bertanya; “Di manakah titik-titik syifaa’ (rawatan) dalam surah al-Fatihah?”

Saya terdiam seketika … dan akhirnya memberi jawaban;-

  1. Surah al-Fatihah keseluruhannya adalah penawar apabila Abu Said al-Khudri menceritakan seorang sahabat telah diperakui oleh Rasulullah saw, apabila dia telah merawat seorang ketua kabilah Arab yang telah disengat ular menggunakan surah tersebut.
  2. Bagaimanapun ada beberapa perkataan utama yang boleh kita focus sebagai titik-titk syifa’ untuk kita panjatkan doa kepada Allah swt;

i- Partikel ( ب ) yang bermaksud “Dengan” di awal Basmalah boleh kita niat sebagai;- 1-Titik pergantungan kita dengan Allah swt. ketika berdoa 2-Rasa hubungan kebersamaan yang rapat antara kita dengan Allah sebagai latar permohonan kita. 3-Sebagai penghubung antara permohonan kita dengan kebesaraan Allah yang ada pada lafaz (اسم) selepasnya. Semua ini boleh mendekatkan kita kepada pertolongan Allah swt.

ii- Lafaz ( الرحمن ) yang bermaksud; “Maha Pemurah” sebagai sumber pertolongan yang tidak terbatas. Mohonlah kerana anugerahnya tidak terhad. Ini adalah pembuka jalan kesembuhan.

iii- Lafaz ( الرحيم ) yang bermaksud; “Maha Pengasih” sebagai luahan hati untuk merayu kasih Allah, kerana segala penyakit hanya akan sembuh dengan kasih Allah swt ke atas hamban Nya. Ini adalah limpahan kasih Allah ke atas penyakit kita sedang alami.

iv- Lafaz ( الحمد لله ) yang bermaksud; ”Segala puji bagi Allah” swt adalah terapi hati dan minda untuk redha bahkan syukur kepada Nya, kerana “sakit” yang dialami mendekatkan kita merasai Allah sebagai Tuan Yang Maha Berkuasa. Ini adalah ketenangan yang akan memulihkan isi hati dan imuniti badan.

v- Lafaz ( مالك يوم الدين ) yang bermaksud; “Raja hari pembalasan” adalah muhasabah diri dengan sakit yang dialami sebagai kaffarah Allah ke atas segala kesilapan diri. Berbahagialah! Kerana kita sedang diampuni Allah swt. Rasa begini akan menjadikan hati kita kembali pulih untuk merangsang badan kembali aktif.

vi- Lafaz ( إياك نعبد ) yang bermaksud; “Hanya Engkau aku sembah” adalah saat munajat yang paling mustajab. Hadirkan rasa tunduk hati, minda, jiwa dan raga untuk akur kepada kebesaran Nya sahaja. Bersihklan diri daripa segala unsure syirik yang menjadi punca penyakit. Ketahuilah syirik dan rasa ujub atau kagum dengan makhluk, apa lagi kagum dengan diri sendiri, akan menyebabkan system badan dan jiwa manusia terganggu, hingga terbuka pintu segala penyakit. Pada saat ini, menangis dan bersitighfarlah dalam dalam hati anda sewaktu bersolat. Dengan izn Allah penyakit akan hilang.

vii- Lafaz ( إياك نستعين ) yang bermaksud; “Hanya Engkau aku memohon pertolongan” adalah saat paling tajam untuk merayu kepada Allah sembuhkan penyakit atau berbuat apa yang terbaik untuk diri kita. Rasailah hanya Dia yang mampu membantau dan meyembuh penyakit kita. Perlu yakin pertolongan Allah akan datang.

viii- Lafaz ( اهدنا الصراط المستقيم ) yang bermaksud; “Tunjukkan kami jalan yang lurus” adalah doa agar Allah pandu dan gerak hati kita menuju orang yang betul untuk membantu atau merawat kita dan juga menemukan kita ubat yang sesuai dengan penyakit kita.

  1. Semoga keterangan ringkas ini boleh mendekatkan kita semua kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum kita meminta bantuan makhluk Nya.

Sekian, terima kasih
Wassalam wbt.

Dr. Mohd Rosdi bin Ismail
01 Disember 2019

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *